1. Pembiayaan Perniagaan A & B berasaskan Syariah 2. Kemahiran Keusahawanan 1. PEMBIAYAAN PERNIAGAAN BERASASKAN SYARIAH a) Pakej A - Pembiayaan daripada RM70,000 sehingga RM200,000 i. Pembiayaan Perniagaan Pakej ini, menawarkan pinjaman yang berlandaskan Qard Al-Hassan, di mana peminjam perlu memulangkan segala wang pokok secara berjadual. Melalui pakej ini, usahawan perlu menyumbang sekurang-kurangnya 10% manakala PUNB menyediakan pinjaman sehingga 90% dari keseluruhan kos projek tertakluk kepada had maksimum RM200, 000. Selain daripada pembiayaan, Pakej A juga merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra operasi perniagaan, pemantauan akaun dan khidmat nasihat perniagaan. Perkhidmatan ini dikenakan caj yang berpatutan kepada usahawan. b) Pakej B - Pembiayaan daripada RM200,001 sehingga RM1,000,000 i. Pembiayaan Perniagaan Pakej ini menawarkan pembiayaan terhad kepada RM1 juta melalui Musyarakah Mutanasiqah (suntikan eukiti), Bai Al Inah (BAI), Bai Bithanam Ajil (BBA) dan/atau mana-mana instrumen pembiayan bergantung kepada keperluan perniagaan yang dicadangkan. (Struktur syarikat mestilah Sendirian Berhad kecuali untuk stesen minyak) Dalam projek ini, jika usahawan hanya menyumbang keperluan modal permulaan sebanyak 10%, PUNB akan menyuntik ekuitinya sebanyak 10% untuk menjadikan jumlah ekuiti syarikat sekurang-kurangnya 20% daripada kos projek dan selebihnya adakan dibiayai melalui BAI atau BBA atau instrumen pembiayaan lain yang bersesuaian. Tetapi jika usahawan dapat menyumbang keperluan modal permulaan sebanyak 20%, maka baki kos projek tersebut sebanyak 80% akan dibiayai oleh PUNB melalui BAI atau BBA atau instrumen pembiayaan lain yang bersesuaian. ii. Pakej Pinjaman & Perkhidmatan Selain daripada pembiayaan, Pakej B juga merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra operasi perniagaan, pemantauan akaun dan khidmat nasihat perniagaan. 2. KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN BIDANG PERNIAGAANPUNB juga menawarkan kursus-kursus berkaitan dengan kemahiran keusahawanan seperti kursus kesedaran dan motivasi keusahawanan, pembangunan pengurusan, kemahiran pemantauan operasi dan tadbir urus korporat dari semasa ke semasa. PROSPER Runcit menawarkan peluang perniagaan runcit dalam bidang-bidang seperti berikut:
SYARAT KELAYAKAN Usahawan
Proses pendaftaran dan kelulusan pembiayaan projek adalah seperti berikut; Cara Memohon Borang pendaftaran boleh didapati daripada Sekretariat PROSPER secara percuma atau daftarlah secara talian terus (online) melalui laman portal ini. Borang yang diisi dengan lengkap perlu dihantar kepada: Sekretariat PROSPER PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD Tingkat 10, Blok 1B Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur | ||||||
Sunday, 20 December 2009
Bentuk Pinjaman PUNB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Pinjaman tu cuma indah khabar dari rupa, nampak saja mudah tapi terrrrr...amatlah sukar untuk mendapatkannya. Boleh dikatakan bohong saja tu.. lesesn untuk mendapatkannya ialah KNOW WHO bukannya KNOW HOW..
Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740
Post a Comment